
Sudah menjadi kebiasaan bagi semua umat Islam khususnya lelaki untuk mengerjakan solat Jumaat di surau-surau dan masjid-masjid yang terdekat. Para kaum Adam tampak segak dengan mengenakan kain pelikat dan berbaju melayu ditambah pula dengan kopiah dan songkok. Ditambah pula dengan haruman di badan yang cukup harum pabila melintasi para kaum Adam yang lain.
Dan sudah menjadi kebiasaan juga jika selipar hilang selepas habisnya solat Jumaat. Terima kasih buat seorang insan yang telah mencuri selipar buruk aku, diharap anda berada dalam keadaan 'sihat sejahtera' dengan menyarung selipar aku. Mungkin bukan hari ini, mungkin tidak esok, dan mungkin juga bukan tahun depan tapi mungkin bila-bila masa kalau aku dapat hidu kau lah insan celaka, just wacaout!
0 : komentar:
Post a Comment